Agihan zakat oleh pemimpin DAP, mana suara pemimpin Islam dalam PH? - Utusan Malaysia

Agihan zakat oleh pemimpin DAP, mana suara pemimpin Islam dalam PH?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan isu pengagihan zakat oleh bukan Islam yang disifatkan semakin menjadi-jadi di negeri ini.

Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, pemimpin DAP dilihat langsung tidak mempedulikan keresahan umat Islam berhubung perkara itu seperti yang disuarakan khususnya menerusi media sosial dan tetap memilih untuk terlibat dalam pengagihan zakat berkenaan.

Sedangkan, tambah beliau, semua pihak sedar penglibatan pemimpin bukan Islam itu hanya semata-mata untuk mendapatkan kelebihan politik yang mencemarkan amalan mulia umat Islam iatu zakat serta institusi yang sepatutnya dihormati iaitu surau dan masjid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan sikap berdiam diri pemimpin Islam lain di dalam Pakatan Harapan (PH) yang seolah-olah bersetuju serta menyokong tindak-tanduk pemimpin DAP berkenaan.

“Kita juga hairan dengan sikap pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang langsung tidak memberi maklum balas terhadap isu ini sedangkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) di bawah MAINPP.

“Adakah pihak pengurusan MAINPP yang mengarah dan memberi lampu hijau supaya agihan zakat ini dibuat oleh pemimpin DAP yang bukan Islam?

“Jika benar, jelaslah urusan zakat ini sudah digunakan untuk kepentingan dan agenda politik DAP sehingga tidak menghormati institusi dan umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa program pengagihan kit bantuan zakat oleh pemimpin bukan Islam DAP di negeri ini termasuk yang terbaharu oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang melakukannya di ruang solat di sebuah masjid.

Dalam pada itu, Mohd. Norhiesam berkata, pihaknya bimbang isu tersebut akan memberikan imej tidak baik kepada ZPP yang merupakan institusi terbesar kutipan dan agihan zakat di negeri ini serta mempunyai rekod cemerlang sebelum ini.

Katanya, sejak isu itu tercetus dan ditularkan, umat Islam di negeri ini rata-ratanya mula hilang kepercayaan dan ada yang ingin mencari alternatif lain bagi mengelakkan pembayaran zakat di bawah ZPP.

Tambah beliau, keadaan itu sekiranya berlanjutan, akan memberi kesan kepada usaha ZPP untuk membantu dan membangunka umat Islam menerusi pembayaran zakat pada masa depan.

“Kepada pemimpin-pemimpin DAP berhentilah menggunakan zakat sebagai agenda kepentingan politik.

“Dengarlah pandangan serta rungutan rakyat dan umat Islam dibawah ini dan jangan cuba campuri urusan hal ehwal umat Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini