Perak bantu PKNP, pinjamkan dua pemain - Utusan Malaysia

Perak bantu PKNP, pinjamkan dua pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Mei – Perak membantu pasukan adik, PKNP yang kini menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan memberikan khidmat dua pemain secara pinjaman.

Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkata, kedua-dua pemain itu ialah Muhamad Syazwan Zaipol Bahari dan Nazirul Afif Ibrahim yang dipinjamkan sehingga penghujung musim.

Menurutnya, kehadiran dua pemain itu diharap dapat membantu PKNP untuk memperbaiki kedudukan dan kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mereka pemain yang bagus dan kami memberikan PKNP pemain yang baik. Hari ini adalah hari terakhir tempoh perpindahan pemain dan perjanjian perpindahan mereka telah pun dimuktamadkan.

“Mereka dipinjamkan sehingga habis musim dan diharapkan mereka dapat membantu PKNP kekal dalam Liga Super,” katanya.

Beliau ditemui selepas program membeli baju raya untuk anak yatim di Pasar Raya Mydin di Meru hari ini yang turut disertai oleh para pemain Perak.

Kelmarin, Presiden pasukan PKNP, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyatakan akan meletakan jawatan sekiranya pasukan itu tersingkir dari Liga Super musim depan.

Zainol Fadzi ternyata kecewa apabila PKNP kini menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan 12 mata hasil tiga kemenangan, tiga seri dan tewas sembilan kali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini