Dua parah kemalangan libatkan 12 kenderaan - Utusan Malaysia

Dua parah kemalangan libatkan 12 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 Mei – Dua parah manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan 11 kenderaan lain di Jalan Pajam – Batang Benar dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kenderaan lain yang terlibat adalah 10 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Nahas berlaku kira-kira pukul 5.30 petang. Setakat ini dua mangsa dikenal pasti cedera parah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut sedang diteruskan dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu, kemalangan itu berlaku berhampiran Petronas Batang Benar.

 

Menurut sumber, seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin bersama dua buah jentera memberi bantuan.

“Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam semasa pihak bomba tiba,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini