Axiata, Telenor akan jalankan proses pematuhan - Utusan Malaysia

Axiata, Telenor akan jalankan proses pematuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Axiata Group Bhd. dan syarikat telekomunikasi multinasional Norway, Telenor ASA, akan melaksanakan proses pematuhan untuk cadangan penggabungan, yang dikenali sebagai MergedCo.

Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Kumpulan Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, proses pematuhan itu yang dijangka selesai dalam tempoh tiga hingga enam bulan, turut meliputi penelitian ke atas lembaran imbangan dan isu perundangan.

“Kami perlu bersetuju ke atas pasukan utama pengurusan MergedCo dan sekurang-kurangnya beberapa lagi dalam (anak syarikat) MalaysiaCo.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi syarikat operasi yang lain di pihak mereka dan pihak kami, tidak ada cadangan untuk mengubah pengurusan,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan di sini hari ini.

MergedCo akan mempunyai kira-kira 67 peratus kepentingan dalam MalaysiaCo – penggabungan yang dirancang antara Celcom Axiata Bhd. dan Digi.Com Bhd.

Jamaludin berkata, kumpulan itu yakin perjanjian tersebut akan dilaksanakan memendangkan ia menerima sokongan Khazanah Nasional Bhd.

Khazanah menguasai 37 peratus kepentingan dalam Axiata. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini