Pusat hiburan diserbu, lima GRO ditahan - Utusan Malaysia

Pusat hiburan diserbu, lima GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Sebuah pusat hiburan di Nouvelle Industrial Park, Taman Sains Selangor dekat sini diserbu polis kerana dipercayai menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Serbuan Op Noda dan Op Pusat Hiburan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 12.10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika serbuan terdapat 81 pengunjung di pusat hiburan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, semakan mendapati kesemua pengunjung tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain ujian air kencing yang negatif.

“Berikutan itu, kita kemudiannya telah membuat tangkapan terhadap lima wanita warga asing disyaki GRO, lapan lelaki warga asing merupakan pekerja serta seorang penjaga premis lelaki tempatan.

“Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada warga Thailand, Filipina, China, India dan Myanmar,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, siasatan lanjut mendapati premis tidak berlesen ini dipercayai menggajikan pekerja asing tidak sah.

Jelasnya, selain tangkapan,beberapa peralatan audio dan muzik turut dirampas.

“Kesemua tangkapan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya dan Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen, Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995,” katanya.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini