Boling sasar empat ‘jatuhan emas’ - Utusan Malaysia

Boling sasar empat ‘jatuhan emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) meletakkan sasaran empat daripada sembilan pingat emas yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Ke-30 di Filipina, November ini sekalipun tuan rumah mengehadkan penyertaan pemain setiap negara.

MARADONA CHOK KHONG YAU

Setiausaha Agung Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok Khong Yau berkata, temasya dwitahunan serantau itu masih menjadi keutamaan dengan sasaran emas negara ialah empat sepasukan, master dan beregu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga ada Kejohanan Wanita Dunia Ogos ini dengan pemain bertekad mempertahankan gelaran manakala Kejohanan Asia hanya untuk menguji beberapa pemain,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Katanya, sasaran itu dianggap realistik terutama bagi kategori wanita dengan Malaysia memiliki enam pemain bertaraf dunia sekalipun hanya empat yang boleh dipertaruhkan menurut peraturan penganjur, berbanding enam dalam temasya sebelum ini.

“Skuad negara sekarang ada 11 pemain lelaki dan 12 pemain wanita yang dilatih Holloway Cheah dan Ben Heng. Kami juga mempunyai ranking bulanan yang cara pengiraan matanya dirahsiakan, untuk menentukan siapa yang terbaik.

“Sukar jika hendak pilih pemain ke Sukan SEA menerusi kejohanan yang berbeza dan tanpa hantar semua pemain serentak ke sana, kena bandingkan secara saksama. jadi kami perlu gunakan ranking dan prestasi untuk tentukannya,” katanya.

Sasaran itu berkurangan berbanding lima emas dimenangi di Kuala Lumpur, dua tahun lalu kerana acara trio ditiadakan kali ini selain peraturan had pemain sesebuah negara yang mungkin sebagai sebahagian strategi Filipina.

Sembilan emas boling yang dipertandingkan di venuenya, Starmall EDSA, Manila ialah dalam acara perseorangan, beregu, master, empat sepasukan (lelaki dan wanita) serta beregu campuran.

Pencabar utama skuad wanita negara masih Singapura manakala saingan agak terbuka bagi kategori lelaki antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Pendedahan antarabangsa lain ialah Terbuka Hong Kong dan Singapura manakala Terbuka Madrid Jelajah Eropah ETBF (Persekutuan Boling Tenpin Eropah) dari 2 hingga 8 Julai menjadi medan pemilihan ke Kejohanan Wanita Dunia (di Las Vegas, Amerika Syarikat),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini