Program di masjid berlaku sebelum titah tuanku - Kor Ming - Utusan Malaysia

Program di masjid berlaku sebelum titah tuanku – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Mei – Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menjelaskan kes beliau hadir pada majlis berbuka puasa di sebuah masjid yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berlaku sebelum titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurutnya, namun setelah Sultan Nazrin bertitah supaya masjid dan surau tidak disalah gunakan oleh mana-mana parti politik, beliau menerima, menjunjung kasih dan menyokong penuh titah tuanku.

Katanya, bagaimanapun majlis berpuasa yang dihadiri beliau di Masjid Asaadah, Kampung Bahagia, Teluk Intan pada 17 Mei lalu tidak bersifat politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau hadir pada program itu dengan niat murni kerana ingin membantu rakyat.

“Semasa lawatan kerja saya ke kawasan, saya menerima jemputan daripada pihak masjid untuk berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada asnaf serta keluarga miskin.

“Demi memupuk keharmonian masyarakat dan perpaduan kaum, saya telah hadir supaya saya boleh berikan sumbangan kepada keluarga Melayu yang memerlukan bantuan.

“Aktiviti ini tidak bersifat politik dan berniat murni kerana ingin membantu rakyat. Bagaimanapun setelah menerima titah tuanku sultan, DAP telah mengeluarkan arahan kepada semua cawangan parti itu supaya menuruti titah tuanku sultan,” katanya.

JAIPk dalam kenyataan memaklumkan bahawa kehadiran Kor Ming dalam program di Masjid Asaadah, Kampung Bahagia Hilir Perak pada 17 Mei lalu tidak mendapat persetujuan dan kebenaran jawatankuasa masjid tersebut.

Kor Ming menyampaikan sumbangan dan berucap dalam kawasan masjid berkenaan.

Program tersebut tetapi diteruskan walaupun tidak dipersetujui pengerusi dan majoriti ahli jawatankuasa masjid dan JAIPk sedang menyiasat perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini