Empat terselamat dirempuh kereta di garaj rumah - Utusan Malaysia

Empat terselamat dirempuh kereta di garaj rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Nasib menyebelahi empat termasuk dua beradik apabila terselamat daripada dirempuh kenderaan di garaj kereta rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Haji Atan, Kampung Sekendi, di sini, semalam. 

Kejadian berlaku pukul 4.30 pagi, ketika keempat-empat mereka baharu 10 minit memasuki rumah selepas memotong kulit lembu untuk persiapan bersahur di garaj berkenaan.

Saliza Mohammad, 32, berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat di luar rumah sebelum mendapati garaj hampir musnah susulan dua tiangnya yang telah runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, lebih 30 pasu bunga turut pecah dengan kereta jenis Daihatsu Charade dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun tersadai depan tiang elektrik. 

“Rasa bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku walaupun ketika kejadian baharu sahaja selesai memotong kulit lembu di garaj ini. 

“Ini merupakan kejadian pertama garaj rumah dirempuh sepanjang 11 tahun menetap di kampung ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Saliza memberitahu, pemandu kereta terbabit mendakwa dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersahur. 

Jelasnya, akibat kejadian itu keluarganya terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 bagi kos membaiki semula garaj kereta berkenaan. 

“Saya berharap pihak berwajib dapat membina bonggol jalan bagi mengelakkan kenderaan dipandu laju selain tidak mempunyai lampu jalan mencukupi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini