Op Selamat 15 tumpu kawasan kerap berlaku kemalangan di Sarawak - Utusan Malaysia

Op Selamat 15 tumpu kawasan kerap berlaku kemalangan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 29 Mei – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik hari ini melancarkan Op Selamat 15 yang tertumpu kepada semua kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh Sarawak sempena perayaan Gawai Dayak dan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Operasi khas selama 15 hari berteraskan ‘Total Enforcement’ itu akan berkuatkuasa sehingga 12 Jun.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata sebanyak 58 kawasan ‘Blackspot’ telah dikenal pasti di antaranya di Lebuhraya Pan Borneo yang tertumpu di sepanjang jalan dari Bintulu ke Sibu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah keseluruhan kes kemalangan termasuk kes kemalangan rosak, ringan, parah, dan maut semasa Op Selamat tahun lepas menurun 12 kes kepada 680 kes berbanding 2017 yang mencatatkan 692 kes.

“Sementara itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat balik kampung, aduan, serta info jenayah melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun secara dalam talian daripada portal rasmi Polis Diraja Malaysia atau mendapatkan borang tersebut di balai-balai polis yang berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Op Selamat 15 di sini

Selaras dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’, beliau menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya untuk mengikut peraturan yang telah dikuatkuasakan serta menitiberatkan keselamatan diri, kenderaan dan tempat tinggal sepanjang musim perayaan itu nanti.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini