Enam motosikal, sebuah kereta terbakar - Utusan Malaysia

Enam motosikal, sebuah kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 29 Mei – Sebanyak enam buah motosikal dan sebuah kereta hangus dalam kebakaran di sebuah rumah teres dekat Kuala Lukut di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, kesemua motosikal itu adalah jenis Honda C70 manakala kereta yang musnah ialah Ford Escort.

Katanya, tidak ada orang di rumah tersebut ketika kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepasukan enam anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.57 tengah hari.

“Api telah dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa minit dan tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini