PTPTN terima RM558.9 juta bayaran balik pinjaman setakat Mac 2019 - Utusan Malaysia

PTPTN terima RM558.9 juta bayaran balik pinjaman setakat Mac 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperoleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari Januari hingga Mac tahun ini adalah sebanyak RM558.9 juta.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Perhubungan Awam dan Pengurusan Majlis PTPTN, Abdul Ghaffar Yusof berkata, jumlah bayaran balik sepatutnya diterima adalah RM300 juta sebulan, namun jumlah purata diperoleh dalam lingkungan RM150 juta sehingga RM180 juta. 

“Status pembayaran setakat ini masih di bawah tahap sebenar, sepatutnya tahun lepas, jumlah kutipan adalah RM4 bilion setahun kerana kita perlu beri pinjaman kepada pelajar baharu dan sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peminjam yang membuat pemotongan gaji tiada masalah tetapi masih ada peminjam belum membuat pembayaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bebas Hutang PTPTN  2018/2019 di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Ghaffar berkata, sehingga April, jumlah yang tertunggak ialah sebanyak RM6.5 bilion yang melibatkan  350,000  peminjam dan ini menimbulkan masalah kekurangan dana saban tahun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini