LONDON 29 Mei – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos dan presiden Florentino Perez perlu menjelaskan keadaan sebenar berhubung potensi pemain pertahanan itu untuk berpindah ke Liga Super China, kata Dani Carvajal.
Perez hari ini mendedahkan bahawa dia menolak permintaan Ramos untuk meninggalkan pasukan gergasi Sepanyol itu untuk menyertai kelab China menerusi pemindahan percuma.
Kedudukan Ramos kini tidak menetu di Madrid, dengan Manchester United dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkannya, namun rakan sepasukan Carvajal berharap pemain berusia 33 tahun itu kekal di Santiago Bernabeu.
“Adalah normal jika Ramos mendapat tawaran sebegitu dan sangat logik apabila banyak kelab mahukan khidmatnya.
“Bagaimanapun presiden dan dia perlu memberikan penjelasan sepenuhnya. Saya sangat gembira jika dia memilih Real Madrid untuk tahun depan.
“Saya tidak takut (jika Ramos meninggalkan Real). Setiap seorang (Ramos, ejennya, dan Perez) perlu jelaskan kedudukan berhijrah ke China. Ramos adalah kapten kami. Setiap kata-kata akan mentakrifkannya.- AGENSI











