80 peratus kebakaran di Sabah berpunca daripada elektrik - Bomba - Utusan Malaysia

80 peratus kebakaran di Sabah berpunca daripada elektrik – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU 29 Mei – Sebanyak 80 peratus kebakaran berlaku di negeri ini berpunca daripada elektrik, disebabkan pengguna melakukan penyambungan dan penggunaan peralatan yang tidak mematuhi piawaian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pada musim perayaan selalunya ada pengguna memerlukan tenaga elektrik yang lebih, dan akan melakukan penyambungan yang tidak sepatutnya yang boleh menyumbang risiko kebakaran.

Katanya, lazimnya kebakaran berlaku yang berpunca daripada peralatan disebabkan mereka (pengguna), mengubah bahagian-bahagian tertentu seperti fius yang tidak mampu menampung pintasan elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Contoh lain ialah jika standard peralatan elektrik yang diguna pakai itu tidak sama dengan peralatan di negara ini, ia juga menyumbang risiko kebakaran disebabkan aliran elektrik yang kita gunakan itu mungkin lebih tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hari Anggota Bomba Zon Keningau, dan penyerahan bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin di sini, semalam.

Beliau berkata peralatan elektrik dari luar negara yang dijual berleluasa di negeri ini sangat berisiko.

Justeru, katanya, masyarakat perlu bijak supaya tidak menggunakan peralatan yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Kamarulzaman berkata statistik kebakaran pada musim perayaan kebanyakannya berpunca daripada api dapur.

Beliau menasihatkan kaum ibu supaya lebih berhati-hati dengan menumpukan kerja yang sedang dilakukan dengan mengelak sama sekali melakukan beberapa aktiviti di dapur dalam satu masa.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini