KUALA LUMPUR – Sempena musim perayaan ini, karakter kartun Nickelodeon akan meraikan pengunjung yang ke Sunway Lagoon bermula 25 Mei hingga 9 Jun ini.
Sunway Lagoon dalam satu kenyataan berkata, kawasan Nickelodeon Lost Lagoon Explorer Dora and Boots Puzzle dan SpongeBob’s Bubble-blowing Playtime akan memberikan pengalaman berbeza ketika berkunjung ke taman teman itu.
Lebih menyeronokkan kata kenyataan itu, sebanyak 150 pas VIP turut akan diberikan dan seramai 30 kanak-kanak bertuah akan dipilih antara 5 hingga 9 Jun untuk perarakan Nickelodeon Lost Lagoon.
Pengurus Besar Sunway Lagoon, Seah Choo berkata, bagi yang tidak balik kampung dan ingin membuat aktiviti bersama dengan keluarga taman teman itu adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi.
‘Nicklodeon Raya turut turut mengadakan kempen di Instagram dengan pengunjung dengan menghantar gambar menarik di laman sosial itu untuk berpeluang memenangi pakej cuti sekolah bernilai RM800,’ jelas Seah Choo.
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari www.sunwaylagoon.com atau laman Facebook Sunway Lagoon Malaysia. – K! ONLINE













