LONDON 29 Mei – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, dia tidak pernah mempunyai pasukan yang hebat untuk aksi final terutama dalam persediaan menghadapi Tottenham di pentas akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu ini.
Klopp, 51 tahun, tewas dalam saingan akhir kejohanan sama sewaktu membimbing Borussia Dortmund pada 2013 dan Liverpool pada 2018.
Kata Klopp, dia yakin untuk aksi akhir nanti penyerang Roberto Firmino akan diturunkan selepas pulih daripada kecederaan manakala Naby Keita mungkin terpaksa berehat lagi.
“Saya tidak pernah berada dalam saingan akhir dengan pasukan yang hebat berbanding ini.
“Saya tidak terkejut dengan situasi ini kerana campuran pemain, potensi dan sikap sentiasa berada di tahap terbaik malah saya telah menyaksikannya.
“Saya tidak mahu menyalahkan pemain kami, saya amat sayangkan mereka semua malah kesemua mereka telah memberikan yang segalanya,” kata Klopp.
Sebelum ini Klopp telah terlepas enam peluang meraih kejuaraan dalam saingan akhir termasuk tiga dalam kempen di pentas Eropah. – AGENSI











