Saham PetGas meningkat susulan pendapatan lebih tinggi - Utusan Malaysia

Saham PetGas meningkat susulan pendapatan lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Saham Petronas Gas Bhd. (PetGas) meningkat dalam dagangan awal selepas syarikat itu melaporkan keputusan kewangan suku pertama berakhir 31 Mac 2019.

Pada pukul 10.06 pagi, saham syarikat menokok 10 sen kepada RM16.44 dengan 37,100 saham bertukar tangan.

Keuntungan bersih PetGas meningkat kepada RM515.46 juta pada suku pertama berbanding RM483.22 juta pada tahun sebelumnya hasil daripada keuntungan tukaran mata wang asing (forex) yang tidak direalisasi dan keuntungan saham yang lebih tinggi daripada syarikat usaha sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, pendapatan bagi suku itu meningkat kepada RM1.37 bilion daripada RM1.35 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kenanga Investment Bank mengekalkan kaunter saham itu sebagai berprestasi pasaran dengan harga sasaran yang disemak semula kepada RM16.55.

“Harga saham susut 10 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas, yang kini lebih menghampiri harga sasaran kami, dan kami percaya semua aspek negatif seharusnya sudah pun diambil kira,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Affin Hwang Capital mengulangi saranan ‘simpan’ ke atas saham syarikat itu walaupun panduan pengurusan menyatakan sebahagian besar tarif adalah sama.

PetGas mengemukakan cadangan Tempoh Pengawalseliaan 1 (RP1) kepada Suruhanjaya Tenaga pada 19 April dan memberi panduan bahawa tarif bagi perkhidmatan pengangkutan gas dan penyesuaian semula pada 2020 mungkin sama dengan tempoh pengawalseliaan perintis pada 2019.

Hasil akhir dijangka diumumkan pada suku keempat tahun ini.

“Kami mengambil pendekatan yang lebih konservatif dan mengurangkan harga sasaran kepada RM17 daripada RM17.30. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini