Rashford mahu Tottenham kalahkan Liverpool - Utusan Malaysia

Rashford mahu Tottenham kalahkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 Mei – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford mendedahkan, dia mahu Tottenham mengalahkan Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Ahad ini.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam final di Madrid selepas mencatat kemenangan sensasi pada saingan separuh akhir masing-masing.

Liverpool kalah 0-3 pada separuh akhir pertama sebelum bangkit membenam Barcelona 4-0 dalam aksi kedua di Anfield, sekali gus mara secara agregat 4-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tottenham pula ketinggalan secara agregat 0-3 kepada Ajax selepas 45 minit permainan di tempat lawa tetapi bangkit pada babak kedua untuk menang 3-2.

Kedudukan terikat secara agregat 3-3 selepas mereka kalah 0-1 di London, namun pasukan itu mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Ini kali pertama pasukan dari England akan berentap sesama sendiri dalam kejohanan kelab elit Eropah itu sejak United mengalahkan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada 2008.

“Saya harap Tottenham akan memenangi perlawanan itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua pasukan telah mempamer aksi yang hebat, siapa pun yang menang mereka memang berhak,” kata Rashford kepada TalkSport.

Penyerang England itu kemudian memilih Chelsea akan mengalahkan Arsenal dalam final Liga Europa hari ini (3 pagi esok waktu Malaysia) yang berlangsung di Baku.

“Saya pilih Chelsea kerana mereka ada (Eden) Hazard. Pemain ini boleh melakukan apa sahaja,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini