Bapa lumpuh dihempap kayu balak - Utusan Malaysia

Bapa lumpuh dihempap kayu balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI – Mohamad Nasin Hamat, 59, merupakan seorang ketua keluarga dan suami sangat bertanggungjawab dalam menjaga keperluan isteri serta anak-anak walaupun hanya bekerja sebagai penebang pokok kayu balak.

Semuanya berubah apabila Mohamad Nasin disahkan lumpuh selepas dihempap kayu balak ketika sedang melakukan kerja-kerja menebang sekitar tahun 2007.

Sejak itu, tugas Mohamad Nasin sebagai ketua keluarga terpaksa digalas isterinya, Sapura Dollah, 50, untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sapura berkata, sejak kejadian itu, suaminya tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab mencari nafkah untuk mereka tujuh beranak.

Menurutnya, dia kini menyara suami dan tujuh anak dengan menjahit serta menoreh getah sebagai sumber pendapatan utama.

“Bagaimanapun, saya bersyukur mendapat bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ditambah pula dengan pendapatan RM300 hasil menjahit dan menoreh getah.

“Campur kedua-duanya, dapatlah menampung perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Jering di sini.

Sapura memberitahu, selain itu salah seorang anak mereka, Nasrudin Nasir, 20, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Orang ramai yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya ke akaun Agro Bank Mohamad Nasin 2006691000227730. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini