Calpis umum pemenang peraduan Journey to Japan - Utusan Malaysia

Calpis umum pemenang peraduan Journey to Japan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Minuman kultur susu, Calpis mengumumkan pemenang Journey to Japan yang menawarkan percutian untuk dua orang ke negara matahari terbit tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-100 minuman itu pada tahun ini.

Etika Sdn. Bhd. dalam ke­nyataan berkata, hadiah utama dimenangi oleh Maria Harun diikuti pemenang hadiah pertama dan kedua, masing-masing adalah Tan Hui Yong dan Mat Hussin.

Katanya, kesemua pemenang memenangi hadiah percutian untuk dua orang ke Tokyo.

“Pemenang mempunyai tempoh sehingga hujung tahun ini untuk menebus tiket percuma bagi merasai pengalaman dan budaya Jepun yang menarik. Semua perbelanjaan sepanjang perjalanan ini akan ditanggung oleh Calpis.

“Calpis juga memberikan hadiah saguhati tunai sebanyak RM100 kepada 50 pemenang dalam tempoh 30 hari peraduan berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Peserta yang berminat untuk menyertai peraduan tersebut hanya perlu membeli dua botol Calpis atau Calpis FibrePET 350 mililiter atau PET satu liter pelbagai varian dalam satu resit dan menghantar penyertaan mereka menerusi aplikasi WhatsApp.

Peraduan berlangsung pada 11 Mac hingga 9 April lepas.

Sementara itu, Naib Pre­siden Pemasaran dan Perniagaan ­Alternatif Etika Holdings, T. S. Santharuban berkata, pihaknya mahu peminat minuman Calpis menikmati ganjaran hebat sempena sambutan ulang tahun jenama Calpis ke-100.

Menurutnya, matlamat ­peraduan itu adalah untuk memberikan peluang kepada pelanggan melawat tempat kelahiran Calpis di Jepun.

Produk bebas lemak dan pe­ngawet Calpis terus berkembang bagi mengekalkan kesihatan pencernaan yang baik melalui rasanya yang lazat dan menyegarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×