Pemandu treler khayal, ganja ditemukan - Utusan Malaysia

Pemandu treler khayal, ganja ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei- Polis menemukan dua paket plastik disyaki ganja dalam sebuah treler membawa muatan kren yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 4.7 Jalan Rawang Bypass dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, seorang penunggang motosikal parah di bahagian kaki dan leher selepas melanggar kren yang terjatuh dari treler berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler berkenaan yang dalam perjalanan dari Ulu Yam ke Terengganu hilang kawalan ketika menaiki bukit sehingga menyebabkan muatan kren dibawa jatuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebuah motosikal ditunggangi lelaki berusia 31 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar kren yang melintang di atas jalan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu treler berusia 47 tahun itu berada dalam keadaan khayal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini