Hadiah terakhir Hazard kepada The Blues - Utusan Malaysia

Hadiah terakhir Hazard kepada The Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU – Pemain sayap Chelsea, Eden Hazard memberi bayangan bahawa aksi final Liga Europa menentang Arsenal di Stadium Olimpik Baku awal pagi esok bakal menjadi perlawanan terakhirnya bersama The Blues.

Pemain antarabangsa Belgium itu menjelaskan dia mahu menjadikan perlawanan tersebut sebagai hadiah perpisahan paling istimewa sekiranya Chelsea mampu menjulang trofi kejuaraan sebelum dia meninggalkan kelab berkenaan pada jendela perpindahan nanti.

Meskipun bakal meninggalkan Stamford Bridge, pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid itu tetap bertekad untuk membantu Chelsea menewaskan Arsenal, sekali gus menamatkan kariernya di London dengan cemerlang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah kejuaraan Eropah, jadi ia sangat penting buat kelab, pe­ngurus, pemain dan penyokong. Apabila beraksi di pentas final, tidak kira sama ada Liga Europa atau Liga Juara-Juara (UCL), anda perlu ada impian untuk memenanginya.

“Saya cuma mahu memenangi trofi ini, tetapi saya tidak kisah sama ada jaringkan gol ataupun tidak pada perlawanan itu nanti. Sekiranya menang, ia mungkin akan jadi hadiah perpisahan paling bermakna untuk saya,” kata Hazard.

Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan 2014/15 itu turut menegaskan dia tidak mungkin akan menyarung jersi pasukan Liga Perdana England (EPL) kerana sudah menganggap Chelsea sebahagian daripada keluarganya.

“Tidak mungkin dan tidak akan sesekali saya menyertai pasukan EPL yang lain. Jiwa dan raga saya sudah sebati dengan warna ‘biru’ dan ia sangat bermakna untuk saya. Saya tidak akan beraksi untuk pasukan lain selain Chelsea di EPL,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini