BPW sedia platform perniagaan kepada usahawan, teroka peluang di luar negara - Utusan Malaysia

BPW sedia platform perniagaan kepada usahawan, teroka peluang di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Wanita Profesional dan Perniagaan (BPW) Malaysia cawangan Putrajaya sedang merancang strategi untuk mempelbagaikan usaha program pembangunan usahawan wanita dengan melatih mereka mempelajari aspek perniagaan daripada permulaan sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Presidennya, Datuk Seri Rozaini Nawawi berkata, usaha itu untuk menyediakan platform pembangunan usahawan dan pihaknya sedia membantu kumpulan tersebut meneroka peluang dan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malah sehingga ke luar negara.

“Misi persatuan ialah mewujudkan hak sama rata antara golongan wanita dan lelaki dalam bidang kuasa pembuat keputusan seperti mengambil tanggungjawab dalam aspek ekonomi, politik dan kemasyarakatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga mahu membentuk sikap profesionalisme, perniagaan dan kepimpinan di kalangan wanita dengan menganjurkan pelbagai program kursus bagi memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas persembahan fesyen anjuran BPW Putrajaya di Hotel The Pearl International di sini baru-baru ini.

BPW ditubuhkan oleh Dr. Lena Medesin Philips di Geneva, Switzerland pada tahun 1930 yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat dan mempunyai perwakilan tetap di dalam United Nations Economic and Social Council (ECOSOC).

Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memacu golongan wanita agar dapat bersaing dan maju dalam bidang perniagaan, ekonomi dan profesionali melalui jaringan perhubungan global.

BPW kini dianggotai pelbagai golongan wanita sama ada pemimpin, usahawan, pemilik perniagaan, eksekutif, profesional dan wanita muda berkerjaya di lima 5 benua meliputi lebih 100 negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini