JPJ Melaka rancang 8 strategi penguatkuasaan sempena Op Aidilfitri - Utusan Malaysia

JPJ Melaka rancang 8 strategi penguatkuasaan sempena Op Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 28 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri merancang lapan strategi penguatkuasaan untuk dilaksanakan sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2019 di negeri itu bermula 29 Mei hingga 13 Jun depan.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Sharif berkata, antara strategi yang dirancang termasuk memberi fokus penguatkuasaan kepada kenderaan pengangkutan barang di lebuh raya, jalan utama, bandaran dan negeri selain kenderaan pengangkutan awam di lebuh raya dan jalan negeri.

Menurutnya, selain itu penguatkuasaan khas motosikal di jalan negeri, bandaran dan persekutuan turut dirancang selain fokus kepada kenderaan persendirian di lebuh raya dan jalan dalam negeri.

“JPJ negeri juga akan mengadakan sesi bersama pengusaha bas dan lori, persatuan lori, kelab permotoran dan lain-lain.

“Tiga lagi strategi yang dirancang adalah penguatkuasaan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal, penyamaran sebagai penumpang bas selain aduan awam dan aduan bergambar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Edaran Bubur Lambuk yang turut dihadiri Ketua Menteri, Adly Zahari di Ayer Keroh, di sini sebentar tadi.

Muhammad Firdaus berkata, pada masa yang sama larangan ke atas kenderaan barangan akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia pada 1 hingga 3 Jun serta 8 hingga 9 Jun ini.

“Larangan ini bertujuan untuk mengelak risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dan kenderaan ringan selain mengurangkan kesesakan lalu lintas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×