32 PATI Indonesia dipenjara 3 bulan - Utusan Malaysia

32 PATI Indonesia dipenjara 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 28 Mei – Cubaan 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini secara haram pada Mei lalu menadi sia-sia apabila mereka dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu selepas mereka yang terdiri daripada 26 lelaki dan enam wanita mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa keatas mereka.

Tertuduh membabitkan, Zainudin, 23; Mastah, 29; Makbul Jailani, 34; Marianto Ayub, 27; Jony Iskandar, 27; Umar, 41; Marsel, 37; Nasriato Maun, 25; Saat, 35; Nasrudin Linah, 36; Zakaria, 29 dan Harianto, 25.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut didakwa Tamrin, 31; Novianus Mau, 22; Rofiliyanto, 25; Fendi, 30; Muhammad Amin, 46; Burhanudin, 25; Iswan Saputra, 25; Mahdam, 25; Lalu Muhamad Zaenudin, 41; Salim, 22; Muhamad Rusdi, 37; Edi, 19 dan Sahabudin, 29.

Begitu juga Rosinhan, 22; Nur Hasana Minasih, 40; Sahni Rusnini, 45; Arumi Dewi Arifin, 34; Salwa Chika Pratiwi Lubis, 25; Ida Yusuf, 30 dan Siti Nawiyah Basri, 28.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada dalam air di pesisiran pantai Tanjung Lompat Desaru, dekat sini, bagi maksud memasuki perairan Malaysia tanpa menerusi jalan yang diwartakan pukul 8.10 malam pada 10 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 57 Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan terhadap akta itu yang mana tidak ada penalti yang diperuntukkan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Syazana Abd Lajis manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini