Dua beradik menderita sakit saraf - Utusan Malaysia

Dua beradik menderita sakit saraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Sepasang suami isteri, Arif Fadzillah Che Rus, 53, dan Zulaila Omar, 50, di Felda Jengka 18 dekat sini tabah menjaga dua daripada empat anak mereka yang menderita masalah kelumpuhan saraf sejak kecil.

Penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) dialami Mohd. Asyraf Arif Fadzillah, 26, serta Nurhanis, 21, menyebabkan kedu-dua beradik itu turut mengalami gejala penyusutan dan kerosakan sel-sel otot.

Selain itu, seorang lagi anak mereka, Nornadirah,17, pula telah meninggal dunia pada tahun lalu disebabkan penyakit yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala anak sulung mereka, Mohd. Shafik, 28, pula membesar dengan normal dan telah bekerja setelah tamat pengajian di sebuah universiti tempatan.

Zulaila berkata, kedua-dua anaknya itu serta Allahyarham Nornadira juga dilahirkan normal di Hospital Jengka di sini tetapi menunjukkan gejala SMA ketika mereka masing-masing berusia sekitar dua bulan.

“Anak-anak dihantar untuk rawatan fisioterapi pada setiap bulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak mereka mula mengalami simptom.

“Berulang alik ke HKL sangat mencabar dari segi kemampuan kewangan kerana suami hanya bekerja buruh di Kilang Sawit Seroja dan saya tidak bekerja,” kata suri rumah itu semasa ditemui di sini.

Pesakit SMA mengalami gangguan saraf neuromuskular sejak usia kanak-kanak sehingga menjejaskan perkembangan sel otot tangan dan kaki, manakala bahagian rusuk pula mengecut secara berterusan.

Zulaila menambah, mereka kini menghadapi kekangan kewangan untuk membeli satu lagi kerusi roda dan tangki oksigen bagi kegunaan Mohd. Asyraf.

“Anak-anak juga memerlukan susu khas berformula, lampin pakai buang, alat ganti tabung oksigen, membaiki kerusi roda yang sering rosak dan kos rawatan berkala ke HKL,” katanya.

Orang ramai yang sudi membantu boleh berbuat demikian kepada Nurhanis Arif Fadzillah melalui akaun Maybank 156141559775 atau BSN 0630029000172385. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini