iPhone tak dapat, duit lesap - Utusan Malaysia

iPhone tak dapat, duit lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tertarik dengan tawaran iPhone 8 Plus pada harga RM1,200 melalui iklan di laman Instagram, seorang pelajar di sini terpaksa berputih mata apabila kerugian RM2,950 akibat ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu memindahkan wang ke dalam akaun suspek melalui dua transaksi pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Pada 25 Mei lalu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki penjual iPhone yang mengiklankan telefon itu dalam Instagram dan dia bersetuju membeli pada harga RM1,200 seperti yang ditawarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keesokannya pula, mangsa sekali lagi diminta memasukkan wang RM1,750 kerana masalah penghantaran. Pelajar itu memasukkan wang tanpa mengesyaki apa-apa,” katanya.

Mohd. Wazir menambah, mangsa cuba menghubungi lelaki tersebut sejurus memindahkan wang buat kali kedua, namun suspek berkenaan gagal dihubungi.

Ujar beliau lagi, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini