PPM rampas rokok, arak, mercun RM72.53 juta - Utusan Malaysia

PPM rampas rokok, arak, mercun RM72.53 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Mei – Sejak Januari hingga April tahun ini, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengendalikan sebanyak 1,992 kes penyeludupan melibatkan rokok, arak dan mercun.

Komander PPM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, nilai rampasan yang dicatat sepanjang tempoh tersebut berjumlah RM72.53 juta.

Katanya, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 117 peratus berbanding nilai rampasan tempoh sama tahun lalu iaitu RM33.39 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan ini hasil tindakan agresif dilaksanakan PPM dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu juga, kita telah menahan 1,095 individu yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini