F&NHB rai 44 kanak-kanak Rumah Bakti Cahaya Hati - Utusan Malaysia

F&NHB rai 44 kanak-kanak Rumah Bakti Cahaya Hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&NHB) baru-baru ini meraikan 44 kanak-kanak dari Rumah Bakti Cahaya Hati dengan menganjurkan majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat F&NHB, Karen Tan dalam kenyataan di sini berkata, majlis itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“F&N sangat dekat di hati rakyat Malaysia dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat sejak 136 tahun lalu terutama pada kali musim perayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai jenama yang dipercayai ramai, F&N amat menghargai dan bersyukur dengan sokongan padu yang diberikan rakyat selama ini dan sedia untuk meringankan beban golongan yang memerlukan,” katanya.

Dalam majlis itu, Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail turut menyampaikan sumbangan baju Melayu, baju kurung, tudung, songkok dan duit raya kepada penghuni rumah kebajikan itu.

Selain daripada jamuan berbuka puasa dan hadiah hari raya, F&NHB turut menyumbangkan sebuah mesin basuh dan periuk nasi untuk mengurangkan beban penghuni menjalankan kerja harian masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini