KUALA LUMPUR 28 Mei – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Pengurusan Masjid Zahir, Alor Setar Kedah akan menganjurkan sesi taklimat dan pemasangan pili jimat dan cekap air di masjid berkenaan.
SPAN dalam kenyataan di sini berkata, program itu akan berlangsung dari pukul 6 petang hingga 7 malam, esok.
“Penggunaan pili jimat air ini adalah selaras dengan matlamat SPAN melalui program Masjid Rakan SPAN iaitu untuk mendidik pengguna supaya menggunakan air terawat secara berhemat.
“Program ini akan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN yang baharu, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Zamri Yusuf dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim,” katanya. – UTUSAN ONLINE











