12 masjid, NGO berentap kacau bubur lambuk - Utusan Malaysia

12 masjid, NGO berentap kacau bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Sebanyak 12 badan masjid termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian dalam Pertandingan Kacau Bubur Lambuk Sentuhan Ramadan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Waju di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur, Mohd. Fadzil Abu Kassim.

Program anjuran Pusat Zon 4, Bahagian Pengurusan Masjid Jawi itu bertujuan menyerlahkan kepakaran dan kreativiti peserta dalam penghasilan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Fadzil berkata, kemenangan peserta dinilai berdasarkan pada keenakan rasa, kreativiti hiasan, kebersihan dan kerjasama dalam kalangan peserta.

“Para peserta juga berpeluang menunjukkan kehebatan masing-masing dengan membawa resipi, rempah ratus, kreativiti dan bakat masing-masing.

“Sebanyak 4000 bungkus bubur lambuk berjaya dihasilkan dan diagih kepada jemaah, pengguna jalan raya dan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, antara masjid yang terlibat dalam program sempena sambutan Ramadan itu adalah Masjid Muadz Bin Jabal, Masjid Usamah Bin Zaid, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Masjid As-Sallehin selain Persatuan Pengguna Islam Malaysia. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini