Wanita patah kaki terjatuh dalam parit - Utusan Malaysia

Wanita patah kaki terjatuh dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei- Seorang wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Jalan Sungai Antu, Sibu di Sarawak, malam tadi.

Portal Utusan Borneo melaporkan, kejadian kira-kira pukul 11.39 malam itu berlaku apabila mangsa berusia 24 tahun itu terhumban ke dalam parit selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki seorang lelaki.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sg. Merah dikerahkan ke lokasi bagi membantu mengangkat mangsa dari parit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika tiba, kita mendapati wanita itu berada di dalam parit dalam keadaan duduk dan mengalami luka dan patah kaki sebelah kiri.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataa di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini