RIO DE JANEIRO 28 Mei – Sekurang-kurangnya 40 banduan maut dalam insiden rusuhan di empat penjara, utara negara ini semalam.
Menurut kerajaan negeri Amazonas dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa maut akibat kekurangan oksigen.
Sekurang-kurangnya 25 daripadanya ditemui meninggal dunia di Institut Hukuman Antonio berdekatan Manaus, ibu kota Amazonas, di mana kesemua empat penjara berada.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan tahap keselamatan dipertingkatkan di dalam penjara. – AFP











