KUALA LUMPUR- Kira-kira 200 petugas Kumpulan Utusan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Shopee Malaysia di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.
Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo, tujuan utama pihaknya menganjurkan majlis sedemikian berikutan melihat komitmen pengamal media yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan mereka.
“Selain itu, majlis tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami dalam menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kumpulan Utusan di atas sokongan yang diberikan kepada Shopee selama ini.
“Shopee juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Mondalez International (Malaysia dan Singapura) kerana turut menyumbangkan coklat Cadbury dan biskut Chipsmore bagi menjayakan majlis tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Sementara itu, Ketua Perancangan dan Pengaktifan Kategori Mondelez International, Ivan Oh menjelaskan, media merupakan sebahagian daripada tulang belakang pihaknya ekoran sentiasa membantu dalam menyampaikan cerita posotif kepada pelanggan mereka.
“Kerjasama yang dijalankan dengan pihak Shopee pada bulan mulia ini untuk menjamu petugas media juga dilihat begitu bertepatan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak,” ujarnya. – K! ONLINE











