Bintang AS selar FIFA - Utusan Malaysia

Bintang AS selar FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 27 Mei – Kurang dua minggu menjelang Piala Dunia Wanita, bintang Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe menyelar kepimpinan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana tidak melakukan usaha yang cukup untuk menyamakan kedudukan pemain lelaki dan wanita.

Rapinoe dan skuad wanita AS bakal memburu kejuaraan keempat apabila Piala Dunia membuka tirai di Perancis, 7 Jun ini.

Biarpun bola sepak wanita negara itu amat disegani dan berada di kedudukan yang tinggi, namun pemain mereka percaya, layanan yang diberikan kepada pemain wanita tidak sama seperti rakan lelaki mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan sumber dan kemampuan yang dimiliki, saya fikir FIFA perlu melakukan perubahan.

“Saya percaya, mereka tidak berusaha dengan cukup kuat,” katanya dalam sidang akhbar pasukan di sini, kelmarin.

FIFA telah menaikkan hadiah kemenangan keseluruhan daripada AS$15 juta (RM63 juta) kepada AS$30 juta (RM126 juta) pada 2015.

Juara tahun ini akan membawa pulang AS$4 juta (RM16.74 juta) berbanding AS$2 juta (RM8.37 juta) ketika Rapinoe membantu AS muncul juara pada 2015.

Bagaimanapun kata Rapinoe, ia bukan semata-mata soal hadiah kemenangan, sebaliknya membuat pelaburan dalam sukan wanita, termasuk merubah sistem.

Rapinoe juga mengkritik FIFA kerana menjadualkan dua kejohanan serantau (lelaki) pada hari yang sama Piala Dunia Wanita berlangsung, dan itu berpotensi menarik perhatian penonton.

“Ia tidak masuk akal dan mengecewakan, jujur,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini