Conte bakal bimbing Inter Milan - Utusan Malaysia

Conte bakal bimbing Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 27 Mei – Bekas jurulatih Itali, Antonio Conte bakal menggantikan Luciano Spalletti untuk membimbing Inter Milan, menurut laporan media Itali, hari ini.

Spalletti membawa Inter melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut selepas menumpaskan Empoli 2-1 pada hari terakhir Serie A semalam.

Inter menamatkan kempen dengan menghuni tangga keempat, berkongsi mata berkongsi 69 mata bersama Atalanta dan hanya satu mata mengatasi musuh sebandar, AC Milan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sky Sport Italia, Conte, 50, sudahpun menandatangani kontrak tiga tahun bernilai 12 juta euro (RM56.23 juta) semusim.

Difahamkan, pengumuman rasmi akan dibuat minggu depan, yang mana Conte dijangka hadir menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Madrid bersama delegasi Inter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini