Kapten Kane sedia menentang Liverpool - Utusan Malaysia

Kapten Kane sedia menentang Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Harry Kane mengesahkan, dia cergas untuk beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada 2 Jun ini.

Bintang penyerang Tottenham itu diketepikan sejak pasukannya menewaskan Manchester City 1-0 pada 20 April lalu akibat kecederaan buku lali.

Bagaimanapun Kane, 25, berkata, dia boleh beraksi untuk membantu pasukannya berdepan Liverpool di Madrid nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau perlawanan akhir itu berlangsung hari ini sekalipun, saya boleh turun bermain,” kata Kane yang dipetik dalam akhbar The Sun.

Sementara itu, pengendali Spurs, Mauricio Pochettino turut mengesahkan, kapten England tersebut bebas daripada kecederaan dan dibawa ke Madrid.

“Harry Kane sudah menyertai latihan penuh bersama pasukan sejak minggu lalu.

“Situasinya sekarang amat positif dan kami hanya memerhatikan perkembangannya sehingga hari perlawanan,” kata Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini