Jepun akan beli 105 jet halimunan F-35 - Trump   - Utusan Malaysia

Jepun akan beli 105 jet halimunan F-35 – Trump  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Jepun merancang untuk membeli sebanyak 105 buah pesawat halimunan Amerika Syarikat, F-35, kata Presiden Donald Trump hari ini (27 Mei).

Beliau berkata, bilangan itu akan menjadikan Tokyo pemilik armada F-35 terbesar dalam kalangan negara-negara sekutu AS.

Trump yang mengadakan lawatan rasmi ke Tokyo berkata, Jepun baru mengumumkan rancangan untuk membeli 105 jet halimunan F-35 yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Halimunan kerana anda tidak akan nampak pesawat ini. Pembelian ini akan memberikan Jepun armada F-35 terbesar berbanding mana-mana sekutu AS,” katanya.

Presiden AS itu merujuk kepada perjanjian pembelian yang pertama kali diumumkan oleh pengeluar F-35, syarikat Lockheed Martin pada Disember 2018.

Kerajaan Jepun mengumumkan dalam bajet pertahanan terbaharunya pada Disember tahun lalu rancangan untuk membeli 105 unit F-35A yang boleh mendarat dan berlepas secara konvensional.

Media tempatan ketika itu melaporkan, kos pembelian tersebut dianggarkan berjumlah lebih satu trilion yen (RM38.1 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini