Maybank IB kekalkan saranan ‘pegang’ ke atas SDP - Utusan Malaysia

Maybank IB kekalkan saranan ‘pegang’ ke atas SDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Maybank Investment Bank Bhd. mengekalkan saranan ‘pegang’ ke atas Sime Darby Plantation (SDP) memandangkan ia tidak menjangkakan kesemua tanah syarikat perladangan itu akan terjual.

SDP berhasrat menjual 2,503.79 hektar tanahnya pada RM1.22 bilion bagi mengharungi tempoh pergerakan harga minyak sawit mentah (MSM) yang perlahan.

“Selain itu, syarikat berkenaan mungkin juga mendapat manfaat sekiranya projek Laluan Rel Pantai Timur dan/atau Lapangan Terbang Kulim bermula. Kami belum lagi mengambil kira sebarang penjualan tanah bagi unjuran kami,” menurut firma itu dalam nota penyelidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maybank IB berkata, SDP mungkin tidak dapat memenuhi jangkaan keuntungan suku pertamanya tahun ini berikutan harga jualan purata MSM yang rendah tahun ini.

Syarikat itu dijangka mengadakan taklimat keputusan prestasi kewangannya pada Jumaat.

“Kami menganggarkan keuntungan bersih teras suku pertama 2019 SDP pada RM60 juta (-74 peratus tahun ke tahun, -48 peratus suku ke suku), atau hanya 6.0 peratus daripada unjuran setahun penuh kami.

“Oleh itu, kejayaan penjualan tanah (secara keseluruhan atau sebahagiannya) akan membantu menampan cabaran harga MSM bagi jangka pendek,” menurutnya.

Maybank IB menetapkan harga sasaran 12 bulan pada RM4.70 bagi SDP.

Pada penutup pasaran hari ini, saham SDP meningkat 18 sen kepada 4.71 dengan 2.2 juta unit diniagakan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini