Ikut cara Liverpool untuk tangani isu Hazard - Hasselbaink - Utusan Malaysia

Ikut cara Liverpool untuk tangani isu Hazard – Hasselbaink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Mei – Jangan terlalu gopoh mencari pengganti Eden Hazard di Chelsea, sebaliknya bekas pemain Blues, Jimmy Floyd Hasselbaink berkata, pasukan itu perlu mengikuti jejak langkah Liverpool ketika kehilangan Philippe Coutinho yang meninggalkan Anfield tahun lalu.

Pada Januari 2018, Reds kehilangan ‘arkiteknya’ apabila pemain kebangsaan Brazil itu berhijrah ke Barcelona.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp bagaimanapun tidak tergesa-gesa mencari pengganti Coutinho, sebaliknya membelanjakan keuntungan hasil jualan pemain tersebut ke bahagian lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chelsea kini berdepan situasi hampir sama dengan mereka, di mana Hazard dijangka meninggalkan Stamford Bridge dan menuju ke Santiago Bernabeu untuk bersama Real Madrid.

Hasselbaink berkata, dia percaya Chelsea akan berdepan masalah besar untuk mencari pengganti yang hampir serupa dengan pemain kebangsaan Belgium, Hazard.

“Eden Hazard tidak mudah dicari ganti dan anda tidak perlu cuba mencari penggantinya. Mereka perlu melakukan sesuatu yang berlainan.

“Jika anda cuba mencari penggantinya, ia tidak akan berkesan. Dalam beberapa tahun lalu, jika anda lihat keadaan Liverpool, dengan cuba mencari pengganti Luis Suarez, ia tidak terjadi.

“Juga terjadi kepada Philippe Coutinho, mereka (Liverpool) beralih ke arah lain. Dan anda tahu, Coutinho telah dilupakan di Liverpool.

“Cara ini yang sewajarnya dilakukan Chelsea. Mereka mungkin perlu fokus kepada bahagian lain dengan cara yang berbeza,” jelasnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini