Pengasas Fusionex terima Felo Kehormat MOSTA - Utusan Malaysia

Pengasas Fusionex terima Felo Kehormat MOSTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh dianugerahkan Felo Kehormat Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap industri minyak sawit.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh

Anugerah itu disampaikan kepada Teh oleh Presiden MOSTA , Tan Sri Dr. Augustine Ong Soon Hock dan turut disaksikan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim pada majlis bertemakan ‘Masa Depan Industri Minyak Sawit,’ di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Industri minyak sawit adalah satu sektor yang berkembang pesat dengan potensi yang amat besar. Sama seperti bidang lainnya, cabaran dan peluang itu juga sentiasa wujud. Kami di Fusionex sebaliknya komited untuk membantu industri minyak sawit agar terus dipertingkat menerusi penggunaan teknologi yang berkesan.

“Oleh itu, kami amat teruja dan bersemangat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan hebat seperti MOSTA serta pelbagai pemain industri lain bagi meningkatkan piawaian, kualiti, produktiviti dan kecekapan industri minyak sawit,” kata Teh.

Majlis itu turut membabitkan sesi berkongsi pengetahuan dengan tumpuan kepada pendigitalan dan pemodenan industri minyak sawit menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Industri (IR) 4.0.

Fusionex merupakan sebuah syarikat penyedia teknologi data yang telah menerima pelbagai anugerah dengan pengkhususan dalam aspek Analisis, Data Raya, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan AI. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini