Pengedar dadah ditahan di kawasan hutan - Utusan Malaysia

Pengedar dadah ditahan di kawasan hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Jun – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ini telah memberkas seorang lelaki berusia 34 tahun disyaki pengedar dadah dalam satu operasi di Felda Pasoh 4 dekat Jelebu pada 23 Mei lalu.

Ketua JSJN negeri, Superintenden Pang Jin Lai berkata, suspek ditahan di pinggir hutan di belakang rumahnya kira-kira pukul 11.30 malam selepas dia pulang ke rumah dipercayai untuk mengambil bekalan dadah.

Katanya, suspek yang masuk semula ke kawasan hutan itu dipercayai untuk meneruskan kegiatan pengedaran dadah dalam kalangan penagih setempat telah berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan ke atas beg sandang yang digalas suspek menemukan dadah dipercayai heroin seberat 224.5 gram dan syabu seberat 36.7 gram yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM13,357.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif opiate dan dia mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini