Kuota tambahan haji: Arab Saudi belum jawab surat PM - Utusan Malaysia

Kuota tambahan haji: Arab Saudi belum jawab surat PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota untuk 10,000 lagi jemaah haji tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Zukri Samat walau bagaimanapun berkata, setakat hari ini, tiada jawapan yang diterima.

“Tabung Haji telah menggunakan saluran tertentu untuk mendapat jawapan daripada kerajaan Arab Saudi. Perdana Menteri juga telah menghantar surat rasmi berkenaan perkara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kalau boleh mahu jawapan secepat mungkin kerana banyak persiapan seperti penginapan dan penerbangan jemaah perlu disediakan sekiranya kuota tambahan itu diluluskan. Kalau terlampau hampir dengan penerbangan pertama kita pada 4 Julai nanti, Tabung Haji akan mengalami kesukaran.

“Kalau tidak dapat 10,000 kuota, 8,000 bagi kita sudah memadai. Walau bagaimanapun kerajaan Arab Saudi setakat ini masih belum memberi apa-apa jawapan. Masa kita pun sudah semakin singkat, tinggal lebih kurang satu bulan lebih,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tabung Haji World #QuranHour di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini