MUNICH 27 Mei – Niko Kovac akan terus mengendali Bayern Munich pada musim akan datang namun Jerome Boateng perlu mencari kelab baharu bagi meneruskan kariernya, kata Uli Hoeness.
Kovac, berjaya mengemudi Bayern menjulang trofi Bundesliga di Allianz Arena dan melengkapkan kejuaraan domestik menerusi kemenangan 3-0 ke atas RB Leipzig dalam final Piala Jerman.
Pengurus dari Croatia itu kini menerima sokongan daripada pengurusan tertinggi selepas memadam kritikan buruk awal musim ini termasuk kekalahan kepada Liverpool dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara.
“Permainan hebat tidak akan terhasil sekiranya tiada persefahaman penuh dengan pengurus.
“Khabar angin yang menyatakan kami akan bertukar pengurus adalah tidak benar.
“100 peratus kami akan kekalkan Kovac,” kata Hoeness.
Bagaimanapun, nasib pertahanan tengah Boateng bersama Bayern masih belum dapat dipastikan.
“Sebagai seorang rakan, saya menasihatkannya untuk meninggalkan pasukan ini.
“Dia perlukan cabaran baharu kerana dia sering kehilangan tempat dalam pasukan sejak kebelakangan ini,” katanya.-AGENSI











