Permintaan meningkat menjelang Syawal - Utusan Malaysia

Permintaan meningkat menjelang Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Apabila Syawal Menjelma, Saat Yang Paling Dinantikan Adalah Menikmati Juadah Istimewa Di Pagi Hari Raya Bersama Keluarga, Sanak-Saudara Serta Rakan Taulan. Sudah Semestinya Pelbagai Juadah, Lauk-Pauk Serta Kuih-Muih Tradisional Menjadi Pilihan Seisi Keluarga Untuk Meraikan Tetamu Yang Datang.

Menyajikan Tetamu Dengan Lemang Yang Dimasak Di Dalam Buluh Adalah Perkara Biasa. Tetapi Jika Ada Tuan Rumah Menghidangkan Lemang Periuk Kera, Ia Sesuatu Yang Unik Kerana Sajian Tradisional Itu Merupakan Menu Eksotik Yang Jarang Kita Temui.

Seorang Usahawan, Zainon Mamat, 53, Yang Gigih Mengangkat Makanan Tradisional Itu Untuk Dikomersialkan, Berkata, Memasak Lemang Periuk Kerana Bukan Perkara Mudah Kerana Tumbuhan Periuk Kera Yang Digunakan Untuk Menyediakan Menu Tersebut Sukar Didapati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita Kelahiran Endau, Mersing, Johor Itu Berkata, Apa Yang Menjadikan Juadah Itu Jarang Dihidangkan Adalah Kerana Kesukaran Mendapatkan Bekalan Tumbuhan Periuk Kera Yang Menggantikan Buluh Untuk Memasak Lemang.

“Masukkan santan kelapa segar yang telah diperasakan dengan garam bagi mendapatkan rasa lemang yang lemak. Kemudian, susun di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit,” tambahnya.



Katanya, bagi menaikkan aroma yang enak, boleh letakkan daun pandan di dalam air kukusan.

Menurutnya, proses penyediaan lemang periuk kera lebih mudah berbanding lemang buluh yang rumit dan memakan masa yang lama untuk dimasak menggunakan kayu api. 

Ibu kepada tujuh anak ini berkata, lemang periuk kera sedap dimakan bersama rendang, serunding atau ayam ungkep yang merupakan masakan orang Jawa.



Mengimbau nostalgia ketika mula berkecimpung dalam dunia perniagaan menyediakan juadah ini, Zainon berkata, beliau memulakan bisnes secara kecil-kecilan pada 2012 di Kampung Teriang, Endau, Mersing, Johor.



Katanya, dengan bermodalkan RM70, beliau hanya mampu menjual sekitar 50 hingga 70 biji lemang periuk kera di sekitar Endau dan Mersing.

Namun kini, berkat usaha serta kecekalannya menempuh cabaran dunia perniagan, wanita itu kini mampu tersenyum lebar kerana perusahaan lemang periuk kera miliknya kian berkembang maju dan mendapat permintaan tinggi di seluruh negeri Johor, selain di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.



“Kalau dahulu, saya masak sikit sahaja. Kini, kami tidak menang tangan. Antara 80 hingga 100 kilogram lemang periuk kera dihasilkan sebulan, bergantung kepada permintaan.

“Kalau musim perayaan, permintaannya meningkat sekali ganda,” tambahnya.



Bagi mereka yang mahu merasai keenakan serta mencari kelainan rasa, boleh mencuba makanan ini dengan membuat tempahan di talian 011-12721452 atau 013-7236587 (Mak Enon).

 – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini