Federer bermula positif - Utusan Malaysia

Federer bermula positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 27 Mei – Roger Federer mempamer aksi meyakinkan dalam pusingan pertama Terbuka Perancis apabila tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan ke atas pemain Itali, Lorenzo Sonega sewaktu penampilan pertamanya ke Roland Garros selepas empat tahun.

Federer yang juga juara 20 kali Grand Slam tidak bermain di Terbuka Perancis sejak 2015 namun pemain berusia 37 tahun itu mampu menamatkan aksi dengan kemenangan 6-2, 6-4, 6-4 dalam tempoh 41 minit di gelanggang Philippe Chatrier yang baharu dibaik pulih.

Itu juga adalah kemenangan ke-60 berturut-turut buat jaguh tenis dari Switzerland berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada permulaannya saya merasa amat cemas malah jantung saya berdegup kencang.

“Bermain di gelanggang baharu membuatkan saya merasa hebat dalam masa sama ia nampak amat menarik.

“Tahniah kepada semua yang terbabit dalam proses memperbaharui gelanggang ini dan di harap saya boleh bermain di sini lagi pada perlawanan berikutnya,” kata Federer.

Selepas ini Federer akan bertemu pemain Jerman, Oscar Otte dalam pusingan kedua.

Otte melangkah ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan kedua di Grand Slam dalam tempoh lapan tahun apabila menewaskan pemain Tunisia, Malek Jaziri 6-3, 6-1, 4-6, 6-0. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini