Suspek bunuh ketua jururawat didakwa esok - Utusan Malaysia

Suspek bunuh ketua jururawat didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Seorang lelaki warga Nigeria yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin akan didakwa esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 36 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sepang.

“Selain itu, seorang wanita warga Nigeria, 35, dan seorang lelaki warga Pakistan, 38, akan dibebaskan dengan bon mahkamah yang akan disempurnakan di mahkamah sama, esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan Siti Kharina ditemukan dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala. Hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih daripada empat hari di kondominium tersebut.

Siti Kharina dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu dengan dia kali terakhir menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri pada hari sama.

Berikutan penemuan mayat wanita itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat dengan kes itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini