44 anak yatim dirai - Utusan Malaysia

44 anak yatim dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 26 Mei – Persatuan Pemandu Pengusaha Van dan Bas Sekolah Daerah Kemaman meraikan 44 orang anak yatim daerah ini dalam satu Majlis Iftar di Restoran Cahaya Geliga di sini semalam.

Pengerusinya, Kamariah Abdullah berkata, majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan meraikan anak-anak yatim di samping berkongsi kegembiraan bersama mereka di bulan Ramadan.

“Mereka turut menerima duit raya hasil daripada sumbangan orang ramai dan syarikat swasta sebagai persediaan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid; Pengurus Cawangan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) Kuantan, Mohd. Azrol Bidin dan Penaung Persatuan Bas Sekolah Daerah Kemaman, Megat Suhaimi Megat Idrus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini