Datuk Dahlan Zainuddin diserang strok kali kedua - Utusan Malaysia

Datuk Dahlan Zainuddin diserang strok kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk Dahlan Zainuddin dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor selepas diserang strok petang kelmarin.

Isterinya, Datin Effa Rizan berkata, penyanyi berusia 78 tahun itu masih lagi tidak sedarkan diri dan berharap agar orang ramai mendoakan kesihatan suaminya.

“Sekitar pukul 6 petang semalam, suami saya tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan masih dirawat di wad kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Saya berharap agar semua dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kisah Seorang Biduan itu pernah diserang strok pada 2016 ketika sedang berada di sebuah majlis berbuka puasa di Perlis.

Tahun sebelumnya, Dahlan juga dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor selama seminggu kerana jangkitan paru-paru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini