Lemangku Hangus pupuk tradisi bangsa - Utusan Malaysia

Lemangku Hangus pupuk tradisi bangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Pertandingan Lemangku Hangus 2019 peringkat JKP Zon 19 untuk memastikan generasi muda tidak melupakan kaedah penyediaan makanan tradisi itu.

Ahli Majlis MPSJ, M. Ambarasam Murugesu berkata, program yang berlangsung di Pangsapuri Ruselia, Bandar Pinggiran Putra, Seri Kembangan itu bermula dari pukul 12 tengah malam hingga empat pagi, semalam.

“Kita telah melaksanakan pertandingan ini sejak 2016. Pada tahun ini sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap pasukan dibekalkan dengan semua bahan-bahan asas seperti tempat membakar lemang, beras, santan, garam serta daun pisang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Johan pertandingan tahun ini dimenangi oleh kumpulan KRT Taman Lestari Perdana Seksyen 7 yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000 manakala Pakatan LEP pula merangkul tempat kedua dan Ruselia tempat ketiga yang masing-masing menerima wang tunai RM150 dan RM100.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini