Tumbuk rakan akibat tidak puas hati - Utusan Malaysia

Tumbuk rakan akibat tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Tidak puas hati dengan pembahagian kerja yang diarahkan pihak atasan menjadi punca seorang lelaki menumbuk dua rakannya dan merosakkan harta benda kerajaan di dalam sebuah pejabat di Sibu, Sarawak semalam.

Menurut portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang.

“Suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah telah menumbuk dan memukul dua rakannya hingga cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek juga bertindak merosakkan barang-barang milik kerajaan di bahagian hadapan kaunter pejabat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Stanley Jonathan berkata, dua mangsa berusia 29 dan 27 tahun mengalami lebam di mata kiri manakala seorang lagi luka di bahagian belakang kepala dan badan.

Tambahnya, suspek telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 427/323 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan mendatangkan kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini